Al-Habbah As-Sawda (Kapsul)



……………………………………………………………………………………………….

Orang Arab terkenal kerana mempunyai pernafasan, tenaga seks yang baik dan mampu mengharungi perjalanan jauh (musafir) berpuluh batu hanya berjalan atau menunggang unta. Ini adalah kerana mereka mengamalkan Habbatus Sawda dan madu sebagai makanan harian.

Kajian perubatan moden yang dilakukan oleh Dr Peter Schleicher, seorang pakar dalam bidang Imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sawda boleh digunakan untum merawat pelbagai jensi penyakit.

Doktor Abu Ali Al Hussain B. Abdullah B. Sina yang lebih terkenal dengan nama Ibnu Sina di dalam kitab besarnya Qanunfil TIBB sebagai berikut:

Habbatus Sawda boleh melancarkan keluarnya darah HAID bagi wanita yang bermasalah. Dalam hal ini juga ia bertindak sebagai BOM bagi menghancurkan batu karang yang ada dalam buah pinggang. Caranya ialah: Habbatus Sawda dicampurkan madu lebah dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.