Gamat Madu

Mengapa Gamat dan mengapa Madu?

Sebenarnya, Gamat dan Madu adalah antara ciptaan Allah yang sungguh besar manfaatnya. Gamat dan Madu sebenarnya telah digunakan sejak beribu tahun lamanya. Bagi yang masih lagi kurang jelas tentang betapa hebatnya Gamat dan Madu ini, memadailah jika dikatakan Nabi Muhammad sendiri telah mengakui bahawa Gamat dan Madu sungguh baik untuk kesihatan manusia.

Gamat.

……………………………………………………………………………………………………………..
Gamat telah diakui keberkesanannya oleh pengguna dan telah terbukti mempunyai 1001 khasiat juga sebagai ubu segala ubat bagi rawatan tradisional. Pakar penyelidikan juga mendapati bahawa Gamat adalah “penyembuh semulajadi” untuk luaran dan dalaman. Ia berkualiti tinggi dan di adun dengan manggunakan kepakaran teknologi untuk memastikan khasiatnya berkekalan, tidak berbau, tidak hanyir dan masih dirumuskan agar rasanya lebih sedap, nikmat dan berkhasiat.

Gamat juga dikenali sebagai Sea Cucumber ataupun nama saintifiknya (Stichopus Variegatus). Diakui sebagai antara 5 PRODUK TERBAIK DI DUNIA oleh ahli perubatan Islam dan Sains. Antara 5 produk terbaik di dunia yang lain ialah Madu, Air Zam Zam Kurma Nabi (Ajwa), Za’daran dan Gamat itu sendiri.

Madu.

…………………………………………………………………………………………………………………….

Madu merupakan makanan perubatan yang terkenal kepada semua penduduk dunia di mana Allah berfirman di dalam surah Al-Nahl 68-69 bermaksud:
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan (penyakit) bagi manusia.

Madu terbaik adalah madu Arab.
Madu Arab yang bermutu dan terbaik datangnya dari Hydra maut. Antara madu yang terawal ialah madu dari Yaman dan Iran.

“Gunakan 2 penawar iaitu Al-Quran dan Madu”
(Abdullah Bin Ma’ud)

“Sebaik-baik (semulia) minuman adalah MADU”
“Belahlah mulut anakmu yang baru lahir dengan madu, minyak Za’faran dan kurma Nabi (Ajwa)”
“Sesiapa yang ingin menjadi Al Hafiz dan fasih berkata-kata hendaklah amalkan Madu dan Minyak Za’faran”
(Riwayat Saidina Ali)

Habbatus As Sawda.


…………………………………………………………………………………………
Habbatus Sawda atau jintan hitam adalah salah satu anugerah yang Allah berikan kepada manusia. Habbatus Sawda sebenarnya sangat popular sebagai salah satu ubat tradisional di Timur tengah. Maklum saja, tanaman sejenis rumput ini banyak tubuh subur di sana.

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya pada Habbatus Sawda terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali MAUT”

Ditambah lagi, Habbatus Sawda sebenarnya adalah salah satu herba yang dianjurkan Rasulullah S.A.W untuk digunakan, selain madu. Malah, Nabi Musa AS juga telah menggunakan Habbatus Sawda sebagai sarana untuk menyembuhkan sakit gigi baginda.

Bunga Za’faran.

…………………………………………………………………………………………
Za’faran dalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setipa bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!

Tetapi oleh kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat, hanya sedikit sahaja Za’faran yang diperlukan. Za’faran digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.